TAJUK: Pedagogi Bahasa Tertindas
PENULIS: Zul Fikri Zamir
PENERBIT: DuBook Press
BAHASA: Melayu
PENERANGAN:
Manuskrip ini dibina secara epistolari, menerusi surat-surat yang dihantar oleh tiga watak minimalis iaitu Dr Hussein Taha, anaknya Widya Wassini dan juga anak saudaranya iaitu Zulfa Ali serta ayah kepada Zulfa dan adik kepada Dr Hussein iaitu Datuk Farid Nasr.
Surat-surat ini dikumpulkan mengikut watak untuk memberi kesan jungkir balik terhadap latar masanya yang bermula seawal 2010 dan bergerak sehingga ke tahun 2017. Widya yang mengikuti pengajian TESL di Manchester, London berasa terganggu dengan dasar kerajaan terhadap Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris, lantas menulis kepada ayahnya, seorang dekan fakulti bahsa di sebuah universiti tempatan agar memujuk adiknya iaitu seorang ahli politik terkemuka yang diyakini mampu mempengaruhi dasar dan juga keputusan kerajaan.
MUKA SURAT: 136
CARA BELIAN: click >>> HERE <<<
CORETANKU:
Sebelum aku mencoret, menurut Encik Wikipedia "Pedagogi" ialah ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.Jadi buku "Pedagogi Bahasa Tertindas" bermaksud kajian tentang bahasa tertindas yang mana buku ini merujuk kepada Bahasa Melayu.
Di dalam buku ini, penulis membentangkan tentang perihal PPSMI atau nama panjangnya - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Penulis membentangkan dengan gaya surat-menyurat antara 3 individu - sang ayah (Dr. Hussein), sang anak (Widya), dan sang anak saudara (Zulfa) dan kemudiannya disertai oleh sang pakcik (Datuk Farid Nasr). Pada mulanya saya baca penulisan ini, saya sedikit bingung apabila terbca tahun 2017, 2030, Bahasa Melayu di Harvard. "Celah mane Harvard ade belajar melayu" fikirku. Setelah baca sebahagian, baru ku faham style penulis. Bermulanya penulisan ini dengan surat daripada Widya kepada ayahnya tentang kerisauannya berkenaan PPSMI. Terdapat banyak point yang "dihighlightkan" oleh Widya.
Antara point yang dinyatakan ialah penggunaan bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik akan membebankan pelajar khususnya pelajar luar bandar. Pelajar luar bandar yang kurang penguasaannya akan bahasa kedua ini akan menyebabkan mereka sukar atau tidak dapat memahami subjek Sains dan Matematik. Sudahlah memahami Bahasa Inggeris sukar bagi mereka, ditambah pula dengan komplikasi subjek Sains dan Matematik. Sudah tentu ini akan menambah lagi kesusahan mereka. Penulis juga menyoalkan tentang kepakaran yang ada di Malaysia. Jika Malaysia mampu membina bangunan yang canggih, teknologi moden, bagaimana mungkin Malaysia tidak mampu mengadakan satu kumpulan pakar menterjemah karya-karya atau buku-buku yang berbahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Sejarah juga menunjukkan yang Barat juga mengambil karya-karya dan kitab-kitab Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa mereka seterusnya diajarkan kepada generasi mereka didalam bahasa ibunda mereka.
Kemudian, penulis membawa pembaca kepada aspek sejarah Malaysia khususnya jalan pendidikan. Penulis ada menyebut tentang Penyata Razak / Penyata Barnes / etc dan juga perihal Dr. M. memperkenalkan PPSMI dan bagaimana ianya melibatkan akta dan perlembagaan negara Malaysia. Saya tidak mahu mencoret perihal sejarah pendidikan / undang-undang dan perlembagaan Malaysia kerana saya masih kabur tentang bab ini.
Zulfa pula menceritakan bagaimana pincangnya keluarganya, tentang hubungan dia bersama ayahnya. Zulfa, tidak seperti remaja, "dipotraitkan" sebagai seorang remaja yang berjiwa bangsa, yang mengangkat bangsanya dibandingkan dengan rakan-rakannya yang hanya melakukan hal-hal kebiasaan remaja. Zulfa sering menceritakan kegusarannya akan bahasa bangsa dan ayah dengan Widya. Akhir sekali, penulis menyatakan bahawa kejatuhan sesebuah bangsa bergantung kepada bahasanya. Bahasa merupakan identiti sesebuah bangsa.
Mungkin pada buku tidak banyak yang saya ingin coretkan. Mungkin kerana saya tidak mengangkat bahasa dan bangsa terlalu tinggi seperti Widya, Dr. Hussein dan Zulfa. Ya, buku ini menyedarkan kita tentang pentingnya bahasa dan bangsa, bagaimana bangsa Melayu boleh maju dengan bahasanya ke persada dunia. Ini dibuktikan oleh sejarah Melayu ketika mana Melaka menjadi sentral perdagangan timur dan barat. Bahasa Melayu digunakan sebagai lingua franca. Pada pendapat saya, kita asyik melihat sejarah lepas kita yang gemilang. Ya, sejarah lepas bermaksud dulu, lampau, telah lalu. Kita berbangga dengan sejarah lampau tanpa bergerak untuk mengembalikan sejarah ke masa hadapan. Ada satu kata-kata yang saya terbaca dahulu yang bunyinya lebih kurang "Seseorang tidak akan maju selagi dia tidak meninggalkan sejarah bapanya dan bergerak ke hadapan."
Melalui penulisan saudara Zul Fikri Zamir, beliau dilihat banyak memperkenalkan tokoh-tokoh dari Iran, Parsi. Ini dapat dilihat dengan nama watak Dr. Hussein Nasr. Dr. Hussein Nasr pada realitinya ialah seorang tokoh falsafah yang berbangsa Parsi aliran Sufi. Kemudian, terdapat di dalam satu bab dimana Zulfa terjumpa bahan bacaan tulisan Ayatullah Khomeini. Ayatullah Khomeini ialah seorang pemimpin Iran, aqidahnya adalah Shi'ah yang mana aliran Shi'ah telah difatwakan sesat oleh fatwa kebangsaan dan juga ulama-ulama antarabangsa.
Melalui penulisan saudara Zul Fikri Zamir, beliau dilihat banyak memperkenalkan tokoh-tokoh dari Iran, Parsi. Ini dapat dilihat dengan nama watak Dr. Hussein Nasr. Dr. Hussein Nasr pada realitinya ialah seorang tokoh falsafah yang berbangsa Parsi aliran Sufi. Kemudian, terdapat di dalam satu bab dimana Zulfa terjumpa bahan bacaan tulisan Ayatullah Khomeini. Ayatullah Khomeini ialah seorang pemimpin Iran, aqidahnya adalah Shi'ah yang mana aliran Shi'ah telah difatwakan sesat oleh fatwa kebangsaan dan juga ulama-ulama antarabangsa.