Friday 20 June 2014

Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang oleh Zul Fikri Zamir


TAJUK: Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang

PENULIS: Zul Fikri Zamir

PENERBIT: DuBook Press

BAHASA: Melayu

PENERANGAN: 
Helaian-helaian yang anda sedang pegang ini adalah sebahagian kecil dari tulisan saya sejak beberapa tahun yang lalu, mewakili sifat resah dan gelisah saya terhadap isu yang melanda masyarakat kita. Idea untuk menerbitkan buku ini timbul setelah tulisan saya iaitu Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin di Projek Dialog mendapat sambutan yang luar biasa sekali. 30 minit pertama setelah tulisan tersebut diterbitkan server Projek Dialog merekodkan jumlah pengunjung mencecah 270,000. Kurang dari sejam 1000 Likes dicatatkan dan menyebabkan server Projek Dialog lumpuh serta merta.

Surat tersebut menggambarkan secara serpihan bagaimana saya melihat sekolah dan universiti sepatutnya berfungsi pada masa hadapan. Sebagai seorang pendidik yang melihat pelbagai masalah di peringkat bawah, saya menulis berdasarkan isu. Buku ini mewakili sebahagian pandangan dan kritik sosial saya berkenaan pendidikan, politik dan seni pada waktu ini, sesuai dengan semangat zamannya. Dan ya, mungkin sebahagian besarnya tidak lagi relevan pada masa hadapan. Biarlah ia menjadi sejarah kecil kepada bentuk pemikiran dan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling masyarakat kita pada waktu tersebut.

MUKA SURAT: 210

CARA BELIAN: klik >>> SINI <<<

CORETANKU:
Tajuk buku nih membuatkan saya tertarik untuk membacanya. Apa bendanya sekolah penjara universiti kilang. Excited sungguh nak baca tapi macam agak down dan berbelah bagi bila terperasan yang si prakata ialah Faisal Tehrani. Saya cuba meneutralkan otakku dan baca buku nih kulit ke kulit.

Bagi warga pendidik, buku ini mungkin "eye opener" untuk anda semua. Kritikan Saudara Zul Fikri Zamir tentang sistem pendidikan kita pada masa kini, pada pendapat saya sangat mengena, membuatkan saya mengimbas kembali pengalaman saya sebagai pelajar dari darjah satu sampai tingkatan lima. Penulis menggambarkan sekolah zaman sekarang ibarat penjara yang mana para pelajar seperti banduan. Manusia yang tidak punya pilihan melainkan hanya mengikut arus yang telah ditetapkan. Murid disuapkan dengan pelajaran secara "paksa". 

Pencapaian murid diukur berdasarkan gred peperiksaan - ABCDEF. Penulis membandingkan sistem penilaian Malaysia dengan beberapa negara luar yang mana peperiksaan bukanlah kayu pengukur murid. Naik ke tingkatan empat, murid diperkenalkan dengan "streaming" antara Sains atau Sastera. "Streaming" ini dilihat seperti memecahkan murid kepada dua kumpulan - yang pandai dan yang kurang pandai. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang atau banyak "A" selalaunya akan masuk ke dalam "Science Stream", yang kurang cemerlang kuputusannya akan masuk "Art Stream". 

Point / Idea / Kritikan penulis, pada pandangan dan pengalaman saya, *thumbs up*. Tapi pada penghujung buku ini, penulis membentangkan tentang politik Malaysia seperti Bersih / Pementasan Teater / etc. Terus terang saya agak teruja membaca tulisan penulis tentang sistem pendidikan [ada beberapa bab yang saya takkan coret kerana bukan minat saya seperti bab politik dan teater] tetapi ada beberapa bahagian yang saya hendak coretkan. Pertama, tentang bahagian dimana penulis mengambil sumber rujukan atau tokoh-tokoh dalam sesuatu perkara. Jika dilihat, penulis banyak mengambil tokoh-tokoh dari Iran dan bermazhab Shi'a seperti Ali Shariati / Mulla Sadra / etc. Point-point yang dikemukan penulis banyaknya berasaskan falsafah. 

Mungkin kerana ini bukan buku agama, kerana penulis tidak (atau sedikit) mengupas pendidikan dari aspek Islam. Menuju penghujung buku, penulis menceritakan kisah Faisal Tehrani dimana beliau agak kesal buku tulisan Faisal Tehrani telah diharamkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana buku tulisan Faisal Tehrani didakwa memasukkan ajaran Shi'a dan menyimpang dan boleh menyesatkan. Saudara Zul Fikri Zamir juga menyatakan bahawa budaya pengharaman buku seharusnya dihentikan. Beliau mengatakan pegawai yang bertanggungjawab mengharamkan buku tulisan Faisal Tehrani tidak membaca dan mengambil tahu mengenai kandungan buku tersebut. Bab terakhir, penulis mempromosikan atau mengangkat teater Faisal Tehrani bertajuk "Kopitiam Ghadir". 

No comments:

Post a Comment